Seloka Emak Si Randang
MAKSUD
|
|
Seloka ini mengisahkan Emak Si
Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang
dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi
melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun
demikian, Emak Si Randang
mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang
terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang
ditanamnya tidak menjadi.
|
|
TEMA
|
|
Sikap masyarakat yang terlalu
mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri.
|
|
PERSOALAN
|
|
1
|
Rasional ketika melakukan sebarang
tindakan
|
2
|
Pembaziran yang perlu dielakkan .
|
3
|
Tanggungjawab seorang ibu terhadap
keluarga.
|
BENTUK
|
|
1
|
Terdiri daripada satu rangkap.
|
2
|
Bilangan baris dalam rangkap
tersebut ialah 8 baris.
|
3
|
Jumlah perkataan dalam setiap
baris antara 3 hingga 4.
|
Dagang lalu ditanakkan (3
perkataan)
|
|
Tiada kayu rumah diruntuhkan (4
perkataan)
|
|
4
|
Terdiri daripada 8 hingga 10 suku
kata.
|
Dagang lalu ditanakkan (8 suku
kata)
|
|
Tiada kayu rumah diruntuhkan (10
suku kata)
|
|
5
|
Rima akhir seloka ini ialah
abbbbcac
|
6
|
Seloka ini berbentuk bebas.
|
GAYA BAHASA
|
|
1
|
Asonansi - Anak pulang kelaparan -
a diulang 6 kali
|
2
|
Aliterasi - Anak dipangku
diletakkan - k diulang 4 kali
|
3
|
Sinkope - Beras habis padi tak
jadi ( baris 8)
|
4
|
Anafora- Anak pulang kelaparan
Anak di pangku diletakkan
|
5
|
Penggunaan peribahasa - Kera di
hutan disusui
|
6
|
Hiperbola - Tiada kayu rumah
diruntuhkan
|
NILAI
|
|
1
|
Kebijaksanaan.
|
Seseorang perlu bijaksana
menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan
|
|
2
|
Bertanggungjawab.
|
Seseorang ibu perlu
bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
|
|
3
|
Berbudi
|
Kita disarankan berbudi kepada
semua orang tetapi mestilah berpada-pada.
|
|
PENGAJARAN
|
|
1
|
Kita janganlah melebih-lebihkan
orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan
lebih harmoni.
|
2
|
Kita mestilah menggunakan akal
fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan
yang buruk.
|
3
|
Kita hendaklah melayan tetamu
dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.
|
LATIHAN
|
|
1
|
Apakah tema seloka Emak Si
Randang?
|
2
|
Nyatakan dua gaya bahasa yang
terdapat dalam Seloka Emak Si Randang
|
JAWAPAN
|
|
1
|
Tema seloka Emak Si Randang ialah
sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli
keluarga sendiri.
|
2
|
Gaya bahasa yang terdapat dalam
seloka Emak Si Randang ialah sinkope iaitu penggunaan kata tak, contohnya,
beras habis padi tak jadi. Selain itu, gaya bahasa yang digunakan ialah
hiperbola, contohnya, tiada kayu rumah diruntuhkan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan