Ahad, 3 Jun 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (HIKAYAT KHOJA MAIMUN)



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tingkatan
4 Bravo
Tarikh
01 MAC 2012
Masa
1000-1120 (80 Minit)
Tempat
Bilik Bahasa
Kehadiran
/30

Tajuk / Tema : Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)
Objektif : Pada akhir pelajaran pelajar dapat:
i- Memahami sinopsis atau rentetan cerita
ii-.Menyatakan sekurang-kurangnya 3 nilai dan 3 pengajaran
iii- Dapat menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan kuiz dengan tepat


Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama (FU) :
10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan
Aras 1
ii.Membuat sinopsis dengan menggunakan bahasa yang menarik.

Fokus Sampingan (FS) :
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.
Aras 1
ii. Membuat sinopsis dengan menggunakan bahasa yang menarik.

Sistem Bahasa: Binaan ayat yang gramatis dan Kosa Kata.

Pengisian Kurikulum:
             Ilmu: Sastera
            Nilai: Kesetiaan dan Kebijaksanaan

Kemahiran Bernilai Tambah (Pedagogi):
            Kemahiran Berfikir- Menganalisis, Membuat Keputusan      
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
PENILAIAN FORMATIF
CATATAN

1.      Bunyi dan
gambar
burung



Set Induksi : (5 Minit)

i.                    Pelajar diminta memerhatikan gambar burung yang dipaparkan dan mendengar bunyi burung yang diperdengarkan.

ii.                   Guru meminta pelajar memberi  pendapat tentang apa yang mereka dengar.

iii.                 Jawapan pelajar dibimbing guru  bagi mengaitkan dengan tajuk pelajaran
                  ”Hikayat Khoja Maimun”.


BBM:
Slide Show
-Gambar burung
-Audio burung






Langkah  1– (60 Minit)

i-                    Penerangan tentang sinopsis, tema, persolan, watak perwatakan, nilai dan pengajaran prosa oleh guru.

ii-                   Beberapa orang pelajar diminta menceritakan semula tentang isi pengajaran yang mereka fahami.

iii-                Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk menjawab kuiz yang dipaparkan.

iv-                Wakil setiap kumpulan diminta menjawab soalan dan markah akan diberi.Kumpulan yang memperoleh markah yang paling tinggi akan diberi ganjaran dalam bentuk hadiah.

v-                  Pelajar diminta menyiapkan rumusan lengkap dengan menggunakan sekurang-kurangnya 6 isi tersurat dan 2 isi tersirat yang terdapat di atas papan putih.







Objektif (i) dan (ii) tercapai






Objektif (iii) tercapai



BBM:
Slide Show
-sinopsis, tema, persolan, watak perwatakan, nilai dan pengajaran prosa ‘Hikayat Khoja Maimun’

Kesimpulan:

Penutup : (5 Minit)

i.                    Peneguhan dan kesimpulan tentang isi pelajaran dibuat oleh guru.

ii.                   Tugasan lanjutan diberi kepada pelajar sebagai latihan peneguhan.





Refleksi :
Catatan :